IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini mengumumkan kembali bertugas sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak semula.
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.