Santos tak pernah ragui kemampuan Ronaldo

Iklan
Ronaldo meraikan jaringkannya ketika aksi menentang Lithuania di Stadium Algarve Faro awal pagi tadi.

PENGENDALI Portugal, Fernando Santos mengaku beliau tidak terkejut dengan keupayaan penyerang utamanya, Cristiano Ronaldo meledak hatrik kesembilan peringkat antarabangsa ketika membantu negaranya mengatasi Lithuania, 6-0 pada aksi kumpulan B Kelayakan Euro 2020 di Stadium Algarve, awal pagi tadi.

Menurut pengendali berusia 65 tahun itu, kualiti penyudah dimiliki penyerang Juventus berusia 34 tahun berkenaan sememangnya membolehkannya untuk terus mencipta lebih banyak jaringan pada setiap pertandingan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak meragui kemampuan Ronaldo dengan status sebagai antara penyerang terbaik dunia dalam membantu Portugal mencipta kemenangan pada perlawanan ini.

"Karakternya cukup menyerlah bersama pemain lain setiap kali tampil di padang kerana sebelum ini pun beliau sudah menjaringkan hatrik dalam beberapa perlawanan.

Iklan

"Pada saya Ronaldo sudah tampil menjawab kritikan pengkritiknya yang meragui prestasinya ketika bersama kelabnya dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini," katanya.

Hatrik Ronaldo menyaksikan A Seleção hanya selangkah untuk mara ke pusingan akhir kejohanan berprestij benua Eropah itu selepas pencabar terdekat Serbia turut melakar kemenangan bergaya 3-2 ke atas Luxembourg di Stadium Rajko Mitić, Belgrade.

Iklan

Kemenangan itu membolehkan penyandang juara itu menduduki tempat kedua kumpulan B dengan 14 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Portugal dijangka berdepan Luxembourg di Stade Josy Barthel pada awal pagi Ahad ini yang bakal menentukan kemaraan mereka ke pusingan akhir.