Penyiasat MH17 dedah panggilan telefon pegawai Rusia, suspek insiden

Iklan
Kokpit pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 dipertonton kepada media ketika pembentangan laporan punca nahas di pengkalan udara Gilze Rijen pada 13 Oktober 2015. - FOTO AFP

THE HAGUE - Pasukan penyiasat antarabangsa yang meneliti kes tembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine mendedahkan panggilan telefon yang menunjukkan kaitan rapat antara pegawai kanan Rusia dan suspek insiden terbabit.

Panggilan tersebut dilaporkan menimbulkan persoalan tentang kemungkinan penglibatan pegawai Kremlin termasuk Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dan Vladislav Surkov, pembantu kanan Presiden Rusia Valdimir Putin berhubung pelepasan misil yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines itu pada tahun 2014.

Iklan
Iklan

Menurut siasatan, panggilan turut mendedahkan kaitan lebih rapat antara Kremlin dan pejuang pemisah Republik Rakyat Donetsk (DPR) di timur Ukraine.

"Terdapat panggilan telefon hampir setiap hari antara kepimpinan DPR dan kenalan mereka di Rusia.

Iklan

"Mereka bercakap dengan pemimpin di Moscow berhampiran sempadan dengan Ukraine dan di Crimea. Kebanyakkan komunikasi berlangsung menerusi telefon dibekalkan perkhidmatan keselamatan Rusia," kata pasukan penyiasat diketua Belanda itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Rusia bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan.

Iklan

Pasukan penyiasat disertai Australia, Belgium, Malaysia, Ukraine dan Belanda merayu lebih banyak saksi tampil menjelang perbicaraan pada 9 Mac tahun depan membabitkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine yang juga ahli DPR.

Kesemua 298 penumpang pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbunuh setelah ia ditembak misil BUK buatan Rusia di timur Ukraine.

Terdahulu, penyiasat berkata misil itu dibawa ke Ukraine dari sebuah briged anti-pesawat tentera Rusia berpengkalan di bandar Kursk. - AFP