Sidang DUN Perak: Speaker kesal tindakan pembangkang

Iklan
Koo Ham (tengah) pada sidang media mengenai isu kekecohan sidang DUN Perak hari ini.

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kesal dengan tindakan pembangkang membuat kekecohan pada sidang DUN Perak hari ini.

Menurutnya, tempoh masa diperuntukkan untuk sesi soalan lisan sudah dimaklumkan sebelum ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seharusnya pihak yang bertanya dan menjawab soalan menguruskan masa dengan baik bagi memastikan lebih banyak soalan dapat dijawab ketika sesi tersebut.

"Saya telah pun ingatkan setiap soalan asal mesti dijawab dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh yang kita berikan ini lebih baik daripada Parlimen.

Iklan

"Saya kesal dengan dengan kekecohan yang berlaku sehingga terpaksa persidangan ditangguhkan selama 5 minit untuk meredakan keadaan," katanya kepada pemberita di Bilik Sidang Media DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan kekecohan itu daripada 15 soalan lisan yang dikemukakan hanya lapan sahaja yang dapat dijawab oleh wakil kerajaan.

Iklan

Sementara itu, Koo Ham berkata, pihaknya berharap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil kerajaan dapat memberikan kerjasama untuk mematuhi peraturan tersebut.

Katanya, sebarang penjelasan atau perbahasan isu boleh dibawa ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2020 minggu depan.

Terdahulu, sidang DUN Perak hari ini sedikit kecoh selepas Koo Ham menegur ADUN pembangkang yang mengambil masa lama mengemukakan soalan tambahan.

Kekecohan berlaku ketika ADUN Selinsing, Mohamad Noor Dawoo mengemukakan soalan tambahan mengenai masalah penanaman padi.

Disebabkan penjelasan yang panjang dan soalan lambat dikemukakan, Koo Ham kemudian membuat teguran sebelum terus langkau soalan seterusnya tanpa soalan tambahan tersebut dijawab.

Mengenai keputusan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong kembali bertugas sebagai exco ketika sesi soalan lisan pada sidang DUN kali ini beliau berkata, perkara itu di luar bidang kuasa DUN Perak.

Katanya, tindakan Choo Kiong menjawab soalan ketika sesi itu tidak menyalahi peraturan Dewan memandangkan peraturan menetapkan soalan yang dikemukakan mesti dijawab oleh wakil kerajaan, bukan individu tertentu.

Beliau berkata, DUN Perak tidak campur tangan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

DUN Perak kecoh Speaker tegur ADUN pembangkang