KUALA LUMPUR - Mereka yang ingin mendapatkan cuti paterniti tujuh hari daripada sektor swasta perlu terus mengutarakan pendapat mereka mengenai isu berkenaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Beliau berkata, biarpun cuti paterniti selama tiga hari untuk sektor swasta telah dicadangkan ada yang berpandangan ia tidak cukup.
Iklan
Iklan
Pada 20 Jun lalu, Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan cuti paterniti selama tiga hari kepada golongan bapa yang bekerja di sektor swasta melalui pindaan Akta Kerja 1955.
"Perbahasan mengenai cuti ini masih berterusan. Jadi saya menggesa mereka yang memperjuangkan isu ini untuk mengetengahkan pandangan mereka,” katanya kepada hadirin yang kebanyakannya golongan ibu bapa di sambutan Ulang Tahun Ke-10, Kumpulan Sunfert di sini hari ini.
Hannah berkata, sektor swasta, sebagai contoh mungkin menentang idea ini.
"Jadi, jika anda mahu suara anda didengari kerana jika anda mahu menyaksikan perubahan ini untuk keluarga muda, perkara ini perlu dilihat,” katanya.
Dilaporkan Kementerian Sumber Manusia berharap untuk mencadangkan pelaksanaan cuti paterniti tujuh hari untuk sektor swasta ke Kabinet pada akhir tahun ini. - Bernama