PONTIAN -"Kita telah berusaha dan bekerja. Akhir sekali, kita serahkan kepada ALLAH SWT," kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bagi mengulas menjelang hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hari ini.
Sahruddin berkata, setakat ini semua pihak khususnya jentera pilihan raya di Tanjung Piai telah melaksanakan tugas dengan baik.