PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 meningkat 13 sen seliter kepada RM2.70 seliter manakala RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 16 hingga 22 November berdasarkan penetapan harga runcit secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).