Zed Zaidi kekal Presiden Seniman

Iklan
Zed Zaidi

KUALA LUMPUR - Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18 hari ini.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah dalam kenyataan berkata, mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee Finas Hulu Kelang itu dihadiri 115 ahli berdaftar Seniman.

Iklan
Iklan

Katanya, pada mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Tambahnya, mesyuarat pertama barisan kepimpinan Seniman itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan. - Bernama

Iklan
Iklan