20 Ketua Cabang PKR Sarawak mahu konvensyen diteruskan

Iklan
PKR

SHAH ALAM - Ketua-ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak bersetuju dengan tindakan untuk menangguhkan konvensyen parti peringkat negeri itu pada 23 November ini sebagai protes kepada pembatalan jemputan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut kenyataan bersama Ketua Cabang Selangau, Joshua Jabeng; Ketua Cabang Batang Sadong, Piee Ling; Ketua Cabang Miri, Michael Teo; Ketua Cabang Julau, Larry Sng dan 16 Ketua-ketua Cabang Sarawak lain, mereka mendukung semangat reformasi dan ingin meneruskan konvensyen itu sebagaimana dijadualkan.

Iklan
Iklan

"Adalah angkuh bagi sesetengah pemimpin yang ingin menangguhkannya sebagai protes kepada pembatalan jemputan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Perjuangan parti hanya dapat diteruskan dengan berdiri teguh di belakang Presiden kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

"Ramai ahli-ahli sudah pun melakukan persiapan bagi menantikan mesej dari pemimpin-pemimpin dari Pusat dan adalah zalim sekiranya hasrat akar umbi ditolak semata-mata kerana ada pemimpin yang tersinggung dan ingin mempolitikkannya," katanya menerusi satu kenyataan bersama hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Batal Azmin rasmi Kongres AMK perlihat PKR kini dilanda krisis'

Terdahulu, pembatalan jemputan kepada Mohamed Azmin bagi merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 terus mencetuskan kontroversi sekaligus mencerminkan kepimpinan PKR ketika ini dilanda krisis.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin dakwa wujud 'tangan ghaib' batal jemputan rasmi kongres AMK

MPN PKR Sarawak terkilan pembatalan Azmin

Semalam, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, pembatalan itu sebagai cubaan menutup mulutnya daripada menegur pimpinan parti itu.

Iklan

Sarawak mempunyai 29 cabang PKR di seluruh negeri itu.