SHAH ALAM - Harimau Malaya semalam berjaya menewaskan skuad Gajah Perang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kini meletakkan Malaysia di depan dengan membawa enam mata untuk empat perlawanan saingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia 2023.
Namun begitu, di sebalik kehebatan pasukan Malaysia menentang Thailand, lensa kamera telah beberapa kali menangkap kelibat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kehadiran Ahli Parlimen Muar itu di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah berjaya menarik perhatian warganet dari Thailand sehinggakan akuan @KWAN19130 bertanyakan soalan mengenai menteri muda tersebut di laman Twitternya.
Disebabkan perkara itu, ada netizen membuat ciapan menerusi posting tersebut yang menjelaskan siapa Syed Saddiq di samping ada yang memuji menteri tersebut seorang yang berketrampilan dan kacak.
@imcinteer melalui akuan Twitternya memberitahu"Orang ini sangat bagus. Dia merupakan seorang menteri paling muda di negara Malaysia. Pada masa lalu, dia telah memenangi anugerah pendebat terbaik pada pertandingan Debat Asia,".
Terdahulu, rakyat Indonesia juga turut berpendapat perkara sama apabila melihat Syed Saddiq di stadium. Mereka juga memberikan pujian kerana Malaysia mempunyai seorang menteri muda yang bertindak memimpin golongan belia agar ke arah yang lebih positif.
Dalam pada itu, posting yang dimuat naik @KWAN19130 itu telah tular di media sosial yang meraih 1,200 ulang kicau dan rata-rata netizen dari Malaysia turut membalas komen tersebut memaklumkan Syed Saddiq merupakan seorang menteri di Malaysia.
"Bagus untuk melihat dan berbangga bahawa menteri kami berjaya memikat mata-mata peminat Thailand. Dalam pada itu, perlawanan yang baik malam tadi,"tulis @BLUEXO_ di Twitter.
@bruleemilktea pula berkata"Dia adalah Menteri Belia dan Sukan kami (Malaysia) yang paling muda dan paling hensem," tulisnya.