KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera parah setelah kereta dinaiki mereka terbabas di bahu jalan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Pintasan Tuaran hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Amirul Izzat Rahmat, 21, yang tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki, menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Kota Kinabalu.