Fenomena kerang terdampar di pantai bukan petanda tsunami

Iklan
Ribuan kerang bulu yang terdampar di Pantai Rhu Dua, Rusila sejak empat hari lepas.

KUALA NERUS - Fenomena ribuan kerang bulu yang terdampar di Pantai Rhu Dua, Rusila sejak empat hari lepas tiada kaitan dengan tsunami atau petanda banjir besar seperti tanggapan pihak tertentu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Mazlan Abd Ghaffar berkata, sebaliknya kejadian itu berkait rapat dengan faktor hujan lebat dan hakisan pantai terutama pada musim tengkujuh.

Iklan
Iklan

Selain itu, faktor penurunan tahap kemasinan air di kawasan muara yang menjadi habitat kerang turut menyumbang kepada fenomena itu.

"Kerang bulu atau nama saintifiknya 'Anadara pilula' adalah sejenis hidupan laut yang hidup di bawah lapisan mendapan (sedimen) di kawasan muara dan ia makan secara menapis.

Iklan

"Pada musim tengkujuh, hujan lebat dan aliran air sungai yang laju akan menghakis sedimen menyebabkan kerang tersebut terdedah kepada arus seterusnya terdampar di pantai apabila ditolak ombak besar seperti mana berlaku di Rusila," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, keadaan sekitar sungai Marang yang berlumpur juga menjadikan kawasan itu sesuai sebagai habitat kerang.

Iklan

Ia berbeza dengan sungai di daerah-daerah lain seperti sungai Terengganu yang mana keadaannya lebih berpasir dan kurang sesuai untuk hidupan berkenaan.

"Fenomena kerang terdampar mungkin kelihatan luar biasa bagi masyarakat di Terengganu kerana tidak banyak populasi kerang di sini.

"Yang ada cuma spesies kerang bulu berbanding sebelah Pantai Barat yang mempunyai dua atau tiga spesies dan populasi kerangnya pula sangat banyak kerana keadaan sungai dan pantai yang berlumpur," katanya. - Bernama