Tiada niat raih simpati: Ibu Adib

Iklan
Zurbaidah bersama Adib yang pernah membantu menolak kerusi roda sebelum kejadian menimpa anaknya di Thailand.

ALOR SETAR - Keluarga Wan Mohd Amirul Adib Wan Mohamad Shubhi, 22, yang ditahan di Thailand kerana didapati memiliki walkie-talkie ketika pemeriksaan dalam satu sekatan jalan di Sadao tidak berniat meraih simpati rakyat.

Ibu mereka, Siti Zubaidah Saad berkata, kutipan derma itu juga bukanlah untuk berbelanja sewenang-wenangnya seperti tuduhan dilemparkan orang ramai.

Iklan
Iklan

"Ada yang mempertikaikan kutipan derma untuk anak lelaki saya digunakan untuk berjoli. Macam-macam orang kata kepada kami sekeluarga. Jadi, saya ingin memberi penjelasan bahawa tuduhan kepada kami itu sama sekali tidak benar.

"Sebenarnya, kami langsung tidak berniat meraih simpati umum, membesarkan isu ataupun membuat publisiti kejadian menimpa Adib,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, disebabkan itu, mereka sekeluarga berusaha sedaya upaya mengumpulkan wang jaminan sendiri apabila mengetahui anak lelakinya ditahan di sana.

"Kira-kira RM30,000 dapat dikumpulkan daripada ahli keluarga, teman rapat dan majikan anak, tapi kami kekurangan kira-kira lagi RM25,000.

Iklan

"Kami tidak berniat meraih simpati. Selepas habis ikhtiar, barulah kami merayu bantuan rakyat Malaysia mencukupkan baki wang jaminan diperlukan untuk membawa pulang Adib,” katanya.

Siti Zubaidah berkata, semua urusan berkaitan Adib di Thailand diuruskannya termasuk berjumpa polis dan berharap proses membawa pulang anak lelakinya itu berjalan lancar nanti.

Sebelum ini, tular rayuan seorang wanita melalui akaun Instagram meminta sumbangan ramai untuk membayar wang jaminan suaminya yang ditahan di Thailand sejak 14 Disember lalu akibat memiliki walkie-talkie.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Adib boleh melakukannya dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 152023659716.