'Saya tak curah air panas jika dia berkelakuan baik'

Iklan
Mangsa dipercayai turut disimbah air panas beberapa kali oleh ibu bapanya ketika dikurung dalam sangkar kucing tersebut. - Foto Dokumen Mahkamah

SINGAPURA – Ahli patologi forensik di Mahkamah Singapura kelmarin mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dikatakan mati dibunuh ibu bapanya sendiri.

Perkara itu didedahkan berdasarkan kesan luka melecet pada muka dan kulit kepala mangsa.

Iklan
Iklan

Ibu bapa mangsa turut didakwa menjirus air panas menggelegak ke badan anaknya, lapor The Straits Times memetik sumber.

Dalam pada itu, ketika perbicaraan mahkamah yang masuk hari ketiga semalam, pegawai polis telah membacakan keterangan Ridzuan Mega Abdul Rahman, 27, dan isterinya, Azlin Arujunah, 27, yang direkodkan tiga hari selepas kematian anak mereka.

Iklan

Menurut Azlin, dia tidak berniat untuk mencederakan anaknya hingga mendatangkan kematian berikutan tubuhnya sendiri yang bersaiz kecil.

"Saya tiada niat mencurahkan air panas ke atasnya jika dia berkelakuan baik kepada saya," katanya.

Iklan

Katanya, dia memukul anaknya itu kerana ingin mendisiplinkannya dan tiada niat membunuh kerana anak-anaknya yang lain tidak disentuh berikutan mendengar kata.

"Jika saya berniat membunuhnya, saya juga akan membunuh anak saya yang lain namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka. Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri," katanya.

Pasangan suami isteri yang didakwa menyebabkan kematian anak mereka. - Foto The Straits Times

Azlin dan Ridzuan juga menghadapi beberapa tuduhan mendera termasuk mengurung mangsa dalam sangkar kucing, mengepitnya dengan ragum dan memukul mangsa dengan penyapu.

Antara 15 Oktober dan 22 Oktober 2016, pasangan itu mencurah air panas ke atas mangsa sekurang-kurangnya empat kali dan ujian menunjukkan kepanasan air itu 92.6 darjah celsius.

Apabila budak itu rebah selepas deraan terakhir, mereka membawanya ke hospital, terlewat enam jam namun mangsa meninggal dunia pada pagi 23 Oktober.

Dalam pada itu, Ridzuan berkata, anak mereka mengadu sakit semasa dibawa ke hospital susulan daripada kesan melecur di badannya.

"Anak saya merengek kesakitan dengan berkata ‘sakit, sakit’ ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.