KUALA LUMPUR - Tindakan pantas dan cekap anggota bomba berjaya memujuk seorang penuntut sebuah kolej daripada terjun dari sebuah pangsapuri di Setapak di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, lelaki berusia 20 tahun cuba untuk terjun daripada tingkat 12 pangsapuri tersebut melalui koridor bilik tidurnya.
Iklan
Iklan
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Norman Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.42 malam.
"Sebaik tiba, kami dapati lelaki itu bersama ibu dan abangnya berada di bilik tidur. Mereka sedang memujuk lelaki berkenaan.
"Sebelum itu, lelaki terbabit cuba untuk terjun melalui koridor bilik tidur itu tetapi dihalang abangnya.
"Bomba kemudian mengambil masa sejam untuk memujuk lelaki berkenaan. Selepas berjaya dipujuk, kami membawa lelaki itu ke bawah pangsapuri bagi mengelak dia mengulangi tindakan sama,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sabah mengalami masalah kemurungan.