[VIDEO] Penuntut Harvard keluar dewan sebaik Duta Israel berucap

Iklan
Tangkap layar video menunjukkan lebih 100 pelajar jurusan undang-undang Universiti Harvard bertindak keluar dewan ketika Dayan berucap.

MASSACHUSETTS - Lebih 100 penuntut jurusan undang-undang Universiti Harvard bertindak keluar dewan sebaik Duta Israel, Dani Dayan memberikan ucapan mengenai Strategi Sah Penempatan Israel awal minggu ini.

Video dikongsi Hamzah Raza di akaun Twitternya memaparkan kesemua penuntut tersebut mula bangun meninggalkan dewan ketika tiba giliran Dayan untuk berucap, sambil memegang sepanduk bertulis ‘Penempatan adalah jenayah perang’ ketika bergerak keluar secara senyap.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Dayan terpaksa berucap dalam keadaan bilik hampir kosong disebabkan kebanyakan pelajar menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penindasan dan peperangan di Palestin.

Dani Dayan

Dayan turut menggelar penunjuk perasaan itu sebagai ‘sekumpulan pengecut’ dalam ciapannya selepas ucapan tersebut.

Iklan

"Saya kecewa kerana Sekolah Undang-Undang Harvard membenarkan propaganda seperti ini. Ini bukan sahaja bersubahat, ia adalah ketidakjujuran,” kata Dayan.

Dayan yang juga Konsul Besar Israel di New York menyokong pembinaan dan penyelenggaraan penempatan Israel di Tebing Barat.

Iklan
Perkongsian video Hamzah di Twitter kini tular di media sosial yang meraih 314,000 tontonan, 6,600 ulang kicau

Sementara itu, Penganjur Jawatankuasa Solidariti Palestin Kolej Harvard (HCPSC) dipetik sebagai berkata, memang jelas terdapat persetujuan dalam kalangan komuniti antarabangsa bahawa penempatan Israel adalah haram menurut undang-undang antarabangsa dan melanggar Konvensyen Keempat Geneva.

Perkongsian video tersebut kini tular di media sosial yang meraih 314,000 tontonan, 6,600 ulang kicau dan rata-rata netizen memberi pujian terhadap tindakan penuntut berkenaan yang tidak menggunakan sebarang kekerasan, sebaliknya melakukan protes secara aman tetapi membawa maksud mendalam.

@flavia donate menulis,"Syabas pelajar-pelajar Universiti Harvard, apa yang anda lakukan memang terbaik dan membuktikan walaupun ada di antara mereka tidak beragama Islam, namun apa yang dilakukan oleh Israel di Palestin adalah salah."

"Ini merupakan berita gembira kerana pelajar-pelajar ini mempunyai sifat kemanusiaan yang mengerti bahawa Israel adalah kejam di mana mereka terus membunuh rakyat di sana semata-mata untuk mencuri tanah Palestin," kata @Daniel James di Twitter.