Pencari kerang selamatkan kanak-kanak nyaris lemas

Iklan
Detik cemas ketika dua mangsa lemas diselamatkan orang awam.

MARANG - Tindakan pantas pengunjung yang mencari kerang di Pantai Rha Dua, di sini berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun daripada lemas dihanyutkan arus ketika mandi manda di kawasan pantai itu petang semalam.

Penduduk, Mokhtar Mahamod, 64, berkata, mangsa dari Kampung Atas Tol, datang bersama keluarga untuk mengambil angin dan mandi manda di kawasan itu selain melihat sendiri 'pesta' mencari kerang di pantai itu.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah namun dimaklumkan ahli keluarga bahawa mangsa dan keluarganya ada datang untuk meminta persalinan pakaian.

"Sebenarnya kedua mangsa lemas itu sepupu, pada mulanya kanak-kanak lelaki yang lemas kemudian kanak-kanak perempuan itu nak tolong malangnya turut dihanyutkan arus.

Iklan

"Kebetulan beberapa orang pengunjung lain yang melihat kejadian termasuk pencari kerang, mereka terus memberi pertolongan.

"Mujurlah kedua-duanya berjaya ditarik ke darat dan tidak hanyutkan air," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Dua, Kamarudin Yahinza berkata, pihaknya berharap supaya pengunjung yang berkunjung ke situ dapat menitikberatkan aspek keselamatan.

"Musim begini ombak agak kuat, kita harap semua pengunjung dapat menitikberatkan aspek keselamatan.

"Jangan pergi terlalu jauh ke tengah air unyuk mandi manda kerana kita khuatir berlaku tragedi tidak diingini," katanya.

Pantai Rhu Dua disini menjadi tumpuan ramai selepas berita mengenai ratusan kerang terdampar di pantai itu tular di media sosial sejak empat hari lalu.