Pemuda UMNO dakwa pengundi dinafikan hak

Iklan
Asyraf bersama Azhar Azizan sewaktu berjumpa di sebuah kedai makan tengah hari tadi.

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Suruhan Pilihan Raya (SPR) segera bertindak ke atas laporan polis yang telah dibuat oleh tiga individu yang didakwa dinafikan hak untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pagi tadi.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti penyamaran yang menjadi kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Iklan
Iklan

"Justeru dengan masa berbaki sejam lagi, Pemuda UMNO mendesak agar SPR melakukan tindakan segera untuk menangani isu ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kejadian tersebut katanya, ketiga-tiga nama pengundi terbabit dikatakan telah dipotong walaupun kesemua mereka belum pun menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Iklan

Menurutnya, walaupun ditunjukkan bukti bahawa jari mereka masih bersih dan tiada kesan dakwat, namun SPR mengatakan bahawa sudah ada yang mengundi atas nama-nama tersebut.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi berkata, hal terbabit juga telah pun diadukan secara terus kepada Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun tengah hari tadi.

Iklan