Polis terima empat laporan MyKad pengundi disalahguna

Iklan

PONTIAN - Polis menerima empat laporan mengenai kes kad pengenalan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri yang mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tiga pusat mengundi.

Iklan
Iklan

"Dua kejadian dilaporkan berlaku (di pusat pengundian) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Boh, satu di SK Sungai Bunyi dan satu lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup.

"Satu laporan polis dibuat di Balai Pontian manakala selebihnya di Balai Permas,” katanya.

Iklan

Menurutnya, pengadu telah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kemudiannya dinasihatkan untuk membuat laporan di balai polis berdekatan.

Mustafa berkata, kes dirujuk kepada pihak SPR untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Iklan