Siasatan SPRM terhadap orang Umno kerana pelakuan jenayah

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Ketua Pengarah Pusat Governans Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin Umno bukan disebabkan mereka daripada parti itu tetapi kerana pelakuan jenayah.

Perdana Menteri berkata SPRM mempunyai beribu kes untuk disiasat ketika pemerintahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan
Iklan

"Kita tidak boleh membuat 1,000 kes dalam sehari. Kita tumpu (kes) yang besar sahaja dan yang besar-besar ini melibatkan (pemimpin) Umno.

"Sebab itu, kita mengambil tindakan terhadap orang ini, bukan kerana dia (ahli) Umno tetapi kerana dia melakukan jenayah,” katanya ketika ditanya sama ada SPRM melakukan penyiasatan terpilih ekoran hanya pemimpin Umno sahaja yang didakwa dengan kes rasuah.

Iklan

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM boleh membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpeneoleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi dan keraguan.

Iklan

Ditanya sama ada beliau mengetahui SPRM membuka semula kes pembelian Scorpene, beliau berkata:"Saya tidak menyedari perkara itu”.

Media melaporkan bahawa Najib hadir ke ibu pejabat SPRM pada Isnin lalu bagi memberi keterangan berhubung kes pembelian Scorpene.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM akan menyiasat dakwaan bahawa sebuah kementerian telah memberikan lapan daripada 10 kontrak secara terus kepada anak seorang menteri. - Bernama