Ragbi Piala Agong: Kuala Lumpur tidak gentar status Terengganu

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Kuala Lumpur menentang Negeri Sembilan pada peringkat kumpulan Piala Agong sebelum ini. - Foto Tigers Super Sports

KUALA Lumpur tidak gentar dengan status pasukan pilihan dimiliki Terengganu apabila berdepan wakil pantai timur itu pada aksi suku akhir saingan ragbi Piala Agong di Padang A Universiti Putra Malaysia (UPM), petang ini.

Pengendali skuad Kuala Lumpur, Mohd Nizam Baharuddin berkata, beliau yakin pemain-pemainnya berupaya menyaingi Terengganu biarpun skuad ibu kota dibarisi barisan muda pada kali ini.

Iklan
Iklan

"Kuala Lumpur bukanlah pasukan pilihan apatah lagi musim ini kami dibarisi muka baru dalam arena sukan ragbi tanah air.

"Tapi pada saya itu bukanlah alasan bagi pemain Kuala Lumpur untuk tidak memberi saingan serta tentangan sengit kepada lawan yang dibarisi pemain lokal dan import berpengalaman.

Iklan

"Pemain-pemain saya juga kini berada pada prestasi terbaik dan bersemangat serta bebas sebarang kecederaan untuk perlawanan ini.

"Kami juga sudah mengunakan sepenuhnya tempoh rehat sebelum ini dalam memantapkan persediaan mental dan fizikal bagi berdepan Terengganu," katanya.

Iklan

Pada masa sama, Mohd Nizam berharap pemain-pemainnya dapat mengekal momentum kemenangan seperti pada peringkat sebelum ini.

"Suka saya ingatkan kepada pemain-pemain Kuala Lumpur supaya fokus dan mengekalkan tahap disiplin tinggi berdepan Terengganu.

"Dan pada masa sama tidak mengulangi kelekaan seperti ketika tewas kepada Perak semasa aksi peringkat kumpulan," katanya yang memberi jaminan menurunkan barisan terkuat pada petang Ini.

HARI INI

Johor lawan ATM

(Padang A UPM, 2 petang)

Terengganu lawan Kuala Lumpur

(Padang A UPM, 4 petang)