Dua parah kereta terbabas langgar tembok pembahagi jalan

Iklan
Operasi menyelamat oleh pasukan bomba dan perubatan di lokasi. - Foto JBPMKL

KUALA LUMPUR - Dua parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Loke Yew di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Pegawai Bomba Kanan II K Mohan berkata, akibat kemalangan itu seorang lelaki dan perempuan tersepit di dalam kereta jenis Perodua Kembara.

Iklan
Iklan

"Panggilan kecemasan diterima pada jam 5.12 pagi sebelum satu jentera dengan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikejarkan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6. 01 pagi sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh pihak ambulans untuk rawatan," katanya.

Iklan
Iklan
Operasi menyelamat oleh pasukan bomba dan perubatan di lokasi. - Foto JBPMKL