Ibu kena kuat demi Abe Ngoh

Iklan
Raja Rasiah menerima sumbangan disampaikan pihak NGO bagi membantu meringankan beban keluarga.

NASIB remaja lumpuh dan koma, Mohd Amier Firdaus, 19, terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan di Kampung Batang Merbau, di sini.

Ibu remaja itu, Raja Rasiah Raja Ibrahim berkata, keadaan anak keduanya itu yang manja disapa ‘Abe Ngoh’ tidak banyak berubah dan masih terlantar serta dalam keadaan separuh sedar sejak lebih tiga tahun lalu, akibat kemalangan jalan raya.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, saya hanya bergantung harap pada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) yang kadangkala tidak mencukupi.

"Ini memandangkan susu khas dan lampin pakai buang perlu dibeli setiap bulan dan saya tiada pendapatan lain dan hanya mengambil upah membuat kuih muih dan pulut kuning untuk menambah pendapatan,”katanya.

Iklan

Raja Rasiah berkata, ditambah pula dia juga mengalami penyakit jantung dan darah tinggi, manakala suami, Mohd Hijazi Ismail, 55, pula tidak mampu bekerja kuat akibat penyakit kencing manis kronik.

Menurutnya, dia amat bersyukur di atas keprihatinan pelbagai pihak orang perseorangan dan pihak NGO yang tidak putus-putus membantu keluarganya.”

Iklan

Walaupun doktor memaklumkan peluang untuk Mohd Amier kembali pulih agak tipis di samping diuji masalah kewangan, Raja Rasiah masih kuatkan semangat dan menjaga anak dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Raja Rasiah berkata, ekoran masalah kewangannya itu, dua adik Mohd Amier iaitu Putri Amiera Nurfarisya, 16, dan Putri Amiera Nurfatiha, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 2, terpaksa ponteng sekolah dan bergilir-gilir ke sekolah kerana tidak mampu membayar tambang van RM4 seorang.

"Saya bukan mahu meminta simpati namun jauh sekali mahukan perhatian namun harapan saya agar nasib keluarga saya terbela dan usaha saya untuk membuka gerai makan di hadapan kediaman saya ini dapat dilaksanakan.

"Insya-ALLAH jika ada sikit modal saya akan memulakan perniagaan mee celup bagi menambah pendapatan dan harapan saya agar usaha saya ini menjadi kenyataan.

"Segala kekuatan ini datangnya dari semangat ‘Abe’Ngoh’ yang kuat walaupun kini tidak mampu menguruskan diri sendiri dan hanya terlantar di katil,”katanya.

Bagi Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 011-17924802 atau menerusi akaun Bank Rakyat 221191118221 (Raja Rasiah Raja Ibrahim).