Selangor tak pernah hentikan skim air percuma

Iklan
Azmizam (lima dari kanan) dan Yusof (enam dari kiri) menunjukkan bidal yang diberikan kepada penduduk dalam program tersebut.

KLANG - Kerajaan Selangor tidak pernah menghentikan sebarang pemberian air percuma kepada rakyat seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, sejak skim tersebut diperkenalkan pada 2008, kerajaan negeri mendapati terdapat kesan baik dan buruk menerusi pemberian air percuma tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dengan pertambahan penduduk di negeri pada setiap tahun, penggunaan air domestik semakin meningkat dan kerajaan Selangor juga perlu mengambil langkah dalam menangani kos rawatan air terawat untuk dibekalkan kepada seluruh rakyat.

"Disebabkan itulah, kerajaan negeri melaksanakan penjajaran semula skim air percuma ini bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasar yang berpendapatan bawah RM4,000.

Iklan
Azmizam melihat cara pemasangan bidap paip air di salah sebuah unit kediaman penduduk di Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, hari ini.

"Di samping itu, melalui penjajaran ini juga, kita nak mendidik rakyat untuk lebih menghargai air dan dapat melakukan penjimatan dalam kegunaan harian mereka," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Tautan Kasih Bandar Parklands Dun Pelabuhan Klang, hari ini.

Hadir sama sewaktu perasmian program tersebut adalah Ketua Jabatan Perkhidmatan Pengebilan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Yusof Saroji.

Iklan

Mengulas mengenai program berkenaan, Azmizam berkata, pihaknya bersama Air Selangor turut mengedarkan bidal pelbagai saiz yang boleh dipasang di paip-paip rumah penduduk di sini sebagai langkah penjimatan penggunaan air.

"Bidal ini diberi secara percuma oleh Air Selangor dan bila dipasang, ia dapat membantu dan menggalakkan penduduk untuk menjimatkan penggunaan air harian mereka," katanya.

Tambah Azmizam, pihaknya berharap agar seluruh rakyat dapat bersama-sama menghargai penggunaan sumber air di negeri ini dan melakukan penjimatan demi kesejahteraan semua pihak.