SYDNEY - Seorang lelaki di Australia didakwa sengaja mencetuskan kebakaran untuk melindungi tanaman ganja miliknya hingga menyebabkan api marak di sepanjang pantai timur negara itu.
Kebakaran semak yang memusnahkan kawasan lebih 1 juta hektar itu telah meragut empat nyawa selain lebih 300 rumah musnah.
Iklan
Iklan
Menurut polis, suspek berusia 51 tahun itu tampil di mahkamah semalam dan berdepan tuduhan sengaja mencetuskan kebakaran di Ebor, New South Wales.
Sementara itu, pihak berkuasa percaya beberapa kebakaran semak lain di kawasan paling teruk terjejas di New South Wales dan Queensland turut dilakukan dengan sengaja.
"Kami menggesa orang ramai untuk berkongsi maklumat untuk membawa penangkapan lain," kata jurucakapnya.
Sehingga hari ini, masih terdapat 130 kebakaran di seluruh dua negara terbabit yang sudah terjejas akibat dilanda kemarau.
Sebahagian Queensland kini berdepan 'bahaya kebakaran yang ekstrem' berikutan suhu tinggi dan kelembapan rendah bersama ribut diramalkan bakal memberi cabaran kepada pasukan bomba. - AFP