Tapak besi menara kren jatuh atas jalan

Iklan
ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS) turut memuat naik status bergambar di Twitter.

KUALA LUMPUR - Tapak besi menara kren dianggarkan seberat 2 tan terjatuh dari sebuah treler di lebuh raya Sungai Besi berhampiran lebuh raya Salak pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, besi bersaiz 60 meter itu terjatuh kerana ikatan yang tidak kemas dalam kejadian jam 11.10 pagi itu.