Salahuddin ingatkan Amanah cermin diri

Iklan
Salahuddin Ayub

SEREMBAN - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta ahli parti itu 'cermin diri' atau muhasabah sekiranya mahu memastikan kelangsungan parti kekal utuh.

"Jika mahu Parti Amanah terus hidup, lihat semula wajah kita di cermin. Adakah ia masih indah seperti mana hari pertama kita dulu sebagai kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PH Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau turut menekankan ahli-ahli parti supaya terus memartabatkan integriti dan sifat amanah, selain mengingatkan mereka mengambil pengajaran terhadap nasib UMNO yang tersungkur pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu akibat perbuatan mereka sendiri yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri.

Salahuddin (tengah) melancarkan Critra Wanita Amanah Negeri Sembilan, hari ini.

Beliau dalam masa sama meminta ahli-ahli parti tidak mudah menyalahkan pihak lain termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya kelemahan tersebut datang dari diri sendiri.

Iklan

Sempena konvensyen tersebut, Salahuddin juga turut berharap pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan kredibiliti individu tersebut sebagai pemimpin dan menolak budaya cai.

"Lengkapkan sifat nabi pada diri dan buang sifat iblis. Pilihlah pemimpin yang boleh membuat kerja dan ketepikan cai.

Iklan

"Kalau ada budaya ini, pasukan kita, Amanah akan hancur," katanya.

Sementara itu, beliau ketika sidang media pada majlis tersebut turut mengingatkan bahawa ahli Amanah untuk berpijak di bumi nyata supaya tidak terpesong daripada matlamat penubuhan Amanah, selain cepat menyesuaikan diri sebagai parti kerajaan.