SHAH ALAM -"Abah nak cuba boleh, abah tak pernah pakai," kata-kata seorang bapa yang mahu mencuba jubah konvokesyen anaknya ketika menghadiri majlis itu menerima balasan ramai netizen di Twitter Aiman Hamizan
Video yang dimuat naik Aiman Hamizan memaparkan kegembiraan bapanya memakai jubah konvokesyen serta 'mortarboard' sambil memegang sejambak bunga.
Bapanya menyuarakan keinginan untuk mengenakan jubah tersebut kerana dia tidak pernah memakainya sebelum ini.
Meskipun video itu hanya 7 saat namun cukup menyentuh hati netizen yang turut sama berkongsi momen indah mereka bersama kedua ibu bapa selepas tamat pengajian.
Kata @lyanaxhnn,"Sama dengan mak! Sambil pakai jubah, dia asik ulang-ulang ketika mak dulu tak pernah merasa pakai semua ini."
"Mak saya pun gembira dapat pakai jubah konvo, dulu tak berkesempatan nak sambung belajar. Dapat pakai jubah pun dah gembira dah." tulis @nurulbelina.
Sehingga kini, perkongsian video itu meraih lebih satu juta tontonan dari netizen, 119,900 tanda suka dan 72,200 perkongsian.
Ada juga netizen berkongsi kisah sedih kerana ibu bapa mereka tidak dapat hadir bersama pada majlis konvokesyen kerana kekangan kewangan selain telah meninggal dunia.