Tukar tulang ibu bapa sudah meninggal dengan motosikal

Iklan
Seorang lelaki di Mozambique menggali ketiga-tiga kubur tersebut dalam tempoh satu malam.

MAPUTO - Seorang lelaki di Mozambique tergamak menggali semula kubur ibu bapanya untuk menukarkan tulang mereka dengan sebuah motosikal.

Polis memaklumkan lelaki di wilayah Nampula tersebut ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan itu termasuk ke atas kubur pakciknya.

Iklan
Iklan

"Dia menggali untuk mendapatkan kesemua tulang terbabit dalam tempoh satu malam selepas seorang ahli perniagaan berjanji untuk memberikan motosikal dan wang tunai berjumlah lebih AS$300 (RM1,245)," kata jurucakap pihak berkuasa.

Menurut lelaki itu, 'bos' terbabit menyuruhnya mencari tulang individu yang meninggal dunia tanpa jatuh sakit.

Iklan

"Saya akhirnya memilih kubur bapa, ibu dan pakcik saya," katanya tanpa rasa bersalah.

Lelaki berkenaan dikatakan turut melakukan perjalanan ke sebuah lokasi untuk bertemu ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam penerokaan sumber mineral, namun dia tiada di tempat tersebut.

Iklan

Sementara itu, polis mengesahkan ia adalah kejadian kelima seumpama itu yang berlaku di kawasan tersebut pada tahun ini yang dipercayai ada kaitan dengan ilmu sihir. - Agensi