Empat persatuan penggiat seni terima sumbangan PPZ-MAIWP

Iklan
Azhan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil empat persatuan penggiat seni pada Kejohanan Boling bersama Selebriti Finas dan PPZ-MAIWP di Wangsa Walk semalam.

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyampaikan sumbangan kepada empat persatuan penggiat seni di Wangsa Walk di sini Sabtu lalu.

Pengurus Besar Kanan Kewangan PPZ-MAIWP, Azhan Ismail berkata, sumbangan disampaikan pada program Kejohanan Boling bersama Selebriti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan PPZ-MAIWP.

Iklan
Iklan

"Setiap persatuan menerima RM750 membabitkan Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Yayasan Artis Veteran Malaysia dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia,” katanya.

Pada masa sama katanya, medium itu digunakan sebagai penyampaian dakwah mengenai kewajipan berzakat dalam kalangan selebriti dan masyarakat selain mengeratkan hubungan.

Iklan

"Pertemuan ini juga untuk melihat peluang usahasama antara PPZ-MAIWP dan Finas,” katanya.

Kejohanan Boling Bersama (Finas) dan PPZ-MAIWP yang disertai 60 peserta menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM4,000 bagi kategori individu serta berkumpulan.

Iklan

Antara yang hadir memeriahkan program ialah Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi.

Azhan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil empat persatuan penggiat seni pada Kejohanan Boling bersama Selebriti Finas dan PPZ-MAIWP di Wangsa Walk semalam.