Mahkamah Tinggi tolak permohonan Zahid

Iklan
Zahid (kiri) ketika berada di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dari segi Perlembagaan yang membabitkan tuduhan dihadapinya.

Keputusan dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendengar hujahan pihak responden dan pendakwaan.

Iklan
Iklan

Collin Lawrence juga menyatakan permohonan daripada pihak responden itu pra-matang.

Mahkamah mengarahkan prosiding perbicaraan Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi diteruskan hari ini.

Iklan
Iklan