Israel keluar notis rampasan terbaharu tanah di Palestin

Iklan
Sebahagian projek penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo di bahagian timur Baitulmaqdis.

TEL AVIV - Pihak berkuasa Israel mengeluarkan notis untuk merampas ribuan meter persegi tanah persendirian milik penduduk Palestin di Tebing Barat.

Pusat Informasi Palestin semalam memaklumkan tanah yang terlibat dalam rampasan terbaharu itu adalah di bandar dan perkampungan Salvit.

Iklan
Iklan

Sejak beberapa bulan lalu, rejim Zionis merampas tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis untuk membina jalan, tembok dan unit perumahan untuk pendatang Yahudi.

Selain itu, mereka turut merobohkan secara paksa ratusan rumah dan struktur serta menebang ribuan pokok zaitun milik penduduk Palestin.

Iklan

Difahamkan Tel Aviv semakin ligat meneruskan projek penempatan haram baharu sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil alih jawatan di Rumah Putih pada awal 2017.

Ketika ini, kira-kira 600,000 pendatang haram Yahudi tinggal di 230 penempatan haram yang dibina sejak pencerobohan Israel ke atas wilayah Palestin pada 1967.

Iklan