Penjawat awam Pahang dapat RM750

Iklan
Wan Rosdy pada sidang DUN hari ini.

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas sebanyak RM750 kepada semua kakitangan awam di negeri itu tanpa pengecualian gred sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Berita gembira buat 8,000 penjawat awam di negeri ini itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di akhir ucapan Pembentangan Belanjawan 2020 sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Wan Rosdy berkata, pembayaran akan dibuat pada bulan Disember ini dengan jumlah peruntukan RM6 juta.

"Pemberian bantuan khas kewangan ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu hanya RM500.

Iklan

"Insya-ALLAH pada tahun yang mendatang sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak mustahil kita (kerajaan negeri) akan memberikan bantuan ini lebih lagi atau dalam bahasa mudahnya... bagi tetap bagi, sikit banyak je tak tahu lagi,” katanya.

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang tidak melupakan sebaliknya sentiasa menghargai segala jasa dan pengorbanan penjawat awam selaku jentera pelaksana kepada segala dasar dan pembangunan negeri.

Iklan

"Penjawat awam ibarat tulang belakang kerajaan dan pencapaian yang kita kecapi sehingga kini tidak akan diperoleh tanpa komitmen yang jitu penjawat awam dalam urus tadbir negeri,” katanya.