Pendakwa raya mahu buktikan Zahid salah guna wang Yayasan Akalbudi

Iklan
Ahmad Zahid hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur atas 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akal Budi hari ini. FOTO - SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwa raya kes perbicaraan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuktikan urus niaga bernilai RM117.25 juta dijalankan di bawah pengetahuan peribadinya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ketika sesi pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran akan menyatakan secara terperinci bagaimana dana itu berada dalam kepemilikannya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan membuktikan bahawa RM31 juta disalahgunakan dari Yayasan Akalbudi atas kapasitinya sebagai ahli lembaga pengarah dan pemegang amanah.

"Bukti yang dikemukakan akan membuktikan bahawa ‘tiada satu sen pun’ daripada amaun itu digunakan untuk golongan yang memerlukan dan sebaliknya dibelanjakan atas keperluan peribadi seperti membuat pembayaran bil kad kredit dan pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.

Iklan

"Pendakwa Raya juga akan membuktikan bagaimana Zahid menerima RM21.25 juta sebagai suapan untuk memberi tiga kontrak kepada beberapa syarikat sambil memegang jawatan menteri,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan menunjukkan bukti Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, memainkan peranan dalam penganugerahan tiga kontrak berkenaan.

Iklan

Katanya, tertuduh juga menggunakan jawatannya bagi membantu mendapatkan projek MyEG.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Raja Rozela berkata, pihaknya akan membuktikan RM65 juta diterima oleh Zahid melalui seorang peguam kemudian ia didepositkan ke akaun yang dimaksudkan untuk pelanggan firma.

"Yang mana sejumlah besar dana itu digunakan sebagai simpanan tetap di bawah nama syarikat.

"Dua unit banglo bernilai RM5.9 juta juga dibeli dengan wang yang diterima," katanya.

Perbicaraan akan diteruskan dengan saksi pertama Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pinny Aznan.