Bolivia bakal adakan pilihan raya baharu

Iklan
Kumpulan penyokong Morales menuntut pengunduran kerajaan sementara yang dipimpin Anez bertempur dengan pasukan keselamatan di Sacaba di wilayah Chapare Jumaat lalu.

SUCRE - Presiden interim Bolivia, Jeanine Anez semalam memaklumkan beliau akan mengadakan pilihan raya baharu berikutan negara itu berdepan protes ganas seminggu selepas pengunduran Evo Morales.

"Tidak lama lagi kami akan umumkan tentang mandat utama iaitu mengadakan pilihan raya yang telus," katanya dalam ucapan di Istana Presiden.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut dan hanya menyatakan pengumuman tersebut bertujuan untuk 'memulihkan kredibiliti demokratik' negara itu.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Dalam Negeri sementara, Arturo Murillo berkata, jumlah protes di negara itu didakwa menurun selepas keganasan akibat demonstrasi yang tercetus sejak akhir bulan lalu telah meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa.

Iklan

Selasa lalu, Anez, 52, mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai pengganti Morales atas alasan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemimpin itu yang menyaksikan beberapa menteri turut meletak jawatan.

Morales melepaskan jawatannya berikutan dituduh melakukan penipuan undi untuk dipilih semula dalam pemilihan pada 20 Oktober lalu.

Iklan

Beliau kemudiannya melarikan diri ke Mexico selepas hilang sokongan pasukan keselamatan di Sucre. - AFP