Beberapa jalan di Shah Alam ditutup 30 November ini

Iklan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam akan menutup beberapa jalan di Bandar Raya ini akan ditutup bagi melancarkan penganjuran acara Larian Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor pada 30 November ini bertempat di Stadium Shah Alam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, kesemua jalan yang terlibat akan ditutup bermula jam 6.30 sehingga 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Antara jalan terlibat adalah Jalan Persiaran Sukan, Bulatan Persiaran Sukan, Jalan Persiaran Hishamuddin dan Jalan Persiaran Akuatik.

"Orang ramai diharap agar tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA," katanya.

Iklan

Katanya, MBSA juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734," katanya.

Iklan