Kapal pengangkut pesawat China berlayar di Selat Taiwan

Iklan
Gambar fail pada 13 Mei 2018 menunjukkan kapal pengangkut pertama digelar Type 001A meninggalkan pelabuhan di bandar Dalian, timur laut China.

BEIJING - China hari ini mengesahkan kapal pengangkut pesawat buatan mereka telah berlayar di Selat Taiwan selepas Taipei menuduh Beijing melakukan intimidasi menjelang pilihan raya pada Januari depan.

Kapal itu yang masih belum dinamakan adalah pengangkut kedua dan akan menambah kekuatan kepada tentera laut Beijing apabila ia mula digunakan secara rasmi.

Iklan
Iklan

Jurucakap tentera laut, Cheng Dewei berkata, kapal pengangkut tersebut melintasi perairan sensitif semalam sebelum memasuki Laut China Selatan untuk latihan rutin dan ujian penyelidikan saintifik.

"Ia adalah aktiviti normal untuk kapal pengangkut yang masih diuji untuk ujian rentas rantau. Ia tidak menyasarkan mana-mana sasaran dan tiada kena mengena dengan situasi sekarang," ujarnya.

Iklan
Iklan

Sementara itu Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan ia telah menghantar kapal dan pesawat untuk mengesan serta memantau pergerakan kapal pengangkut tersebut. - AFP