JAKARTA - Polis Indonesia hari ini memaklumkan kira-kira 45 militan diberkas susulan insiden serangan bom bunuh diri di balai polis di Medan yang dikaitkan dengan Daesh yang telah mencederakan enam mangsa termasuk dua orang awam pada minggu lalu.
Penahanan kesemua suspek dibuat dalam siri operasi yang dilancarkan sejak kejadian menggemparkan pada Rabu lalu manakala dua pembuat bom turut maut ditembak.