MFL sasar pasukan bebas masalah kewangan dalam tempoh lima tahun

Iklan
Hamidin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mensasarkan masalah kewangan pasukan bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M) akan dapat ditangani sepenuhnya dalam tempoh lima tahun menerusi pelaksanaan Program Kawalan Ekonomi (ECP).

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pelaksanaan ECP yang bertujuan memastikan kewangan pasukan berada dalam keadaan baik dan memiliki pendapatan yang mampan itu, akan dapat dicapai sekiranya setiap pasukan mengikut mekanisme perbelanjaan disediakan.

Iklan
Iklan

Malah Hamidin optimis keberkesanan mekanisme itu mampu menurunkan peratusan masalah kewangan dihadapi pasukan menjadi serendah 0.1 peratus.

"Kalau mereka (pasukan) berbelanja mengikut mekanisme ini dan pihak kita (MFL) memantau mengenai perbelanjaan yang mereka gunakan, 0.1 peratus masalah itu tak akan terjadi lagi.

Iklan

"Kalau boleh kita mahu proses ini dilakukan secepat mungkin, supaya masalah lain seperti pembayaran gaji, cukai pendapatan dan EPF dapat dikurangkan. Tetapi saya fikir masalah yang telah dihadapi pasukan dalam tahun-tahun sebelum ini, mungkin menjadikan sasaran sifar masalah akan memakan masa 2-3 tahun untuk dicapai,” katanya pada sidang media Bengkel ECP Bersama Rakan Kongsi Liga M di sini hari ini.

Pengendali Liga Sepanyol, LaLiga adalah yang pertama melaksanakan ECP dalam menyelesaikan masalah kewangan kelab dan kini ECP telah diadaptasi bersesuaian dengan acuan Liga-M, selaras dengan Rangka Tindakan Strategik Next50 MFL.

Iklan

Menurut Hamidin, selain memfokuskan terhadap aspek kewangan, ECP akan terus diperluaskan meliputi bidang lain, antaranya peraturan pemilikan pemasaran dan kelab bermula tahun 2021 sehingga 2024.

"Jadi saya optimis pengenalan ECP dalam Liga-M akan memberikan lebih banyak input positif di mana kelab dikehendaki mengemukakan unjuran pendapatan mereka kepada MFL, dalam bentuk belanjawan kewangan, bagi memastikan kewangan mereka lebih stabil,” katanya.

Bermula musim depan, setiap pendapatan yang dianggarkan oleh kelab, wajib dikontrakkan dalam tiga bentuk iaitu pendapatan daripada penaja, geran kontrak daripada kerajaan dan sumbangan modal daripada pemilik kelab.

MFL akan menyemak bajet yang dikemukakan oleh setiap kelab, dalam memastikan hasil yang dianggarkan oleh kelab dikontrak dan berulang.

Maksimum 70 peratus jumlah pendapatan kelab boleh dibelanjakan untuk gaji pasukan pertama dan MFL tidak akan membenarkan pendaftaran baharu dilakukan, jika kos pasukan pertama kelab melebihi had ditetapkan MFL. - Bernama