Bilik terbakar hampir musnahkan unit pangsapuri

Iklan
Sebuah bilik tidur musnah dalam kebakaran di kediaman awam Jalan Ang Seng semalam. Gambar kecil: Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR - Sebuah bilik tidur di pangsapuri yang terletak di Jalan Ang Seng di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas bomba berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak dan memusnahkan unit pangsapuri tersebut.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Azam Alip berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 2.38 petang.

Iklan
Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi kejadian semalam.

"Sejurus menerima panggilan seramai 17 anggota dan beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik berkeluasan 15x20 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, kebakaran menyebabkan kemusnahan 100 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.19 petang. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Iklan