Paul Yong teruskan tugas sehingga dipanggil bicara

Iklan
Paul Yong - Foto fail Bernama

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Paul Yong Choo Kiong akan meneruskan tugas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal-Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak sehingga kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa Paul Yong telah memfailkan permohonan pada 13 November lalu untuk kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sementara menunggu permohonan tersebut dipindahkan, Paul Yong memaklumkan hasratnya untuk kembali menjalankan tugas Exco seperti biasa atas prinsip seseorang tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

"Sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung permohonannya, Paul Yong mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri yang sedang berlangsung dan juga menjawab soalan-soalan berkaitan dengan portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal-Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru yang dipegang oleh beliau.

Iklan

"Oleh itu, YB (Yang Berhormat) Paul Yong akan meneruskan tugasannya sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Tronoh dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," menurut kenyataan media yang diedarkan kepada media hari ini.

Paul Yong sebelum ini bercuti dari menjalankan tugasan sebagai Exco kerajaan negeri selepas dinasihatkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Iklan

Pada 15 November lalu, Paul Yong mengumumkan kembali bertugas sebagai Exco kerajaan negeri selepas berbincang dengan Ahmad Faizal.

ARTIKEL BERKAITAN: Paul Yong umum kembali bertugas

Kes rogol Paul Yong: Mangsa dibenar beri keterangan secara tertutup

Pada 25 Ogos lalu, beliau membuat keputusan itu bagi memberi tumpuan terhadap perbicaraan atas pertuduhan rogol yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Untuk rekod, Paul Yong berusia 49 tahun itu berdepan tuduhan merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.