Mayat pekebun jatuh sungai ditemui

Iklan
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis oleh pasukan bomba. FOTO - IHSAN BOMBA

TELUK INTAN - Seorang pekebun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Bidor, di Ladang Sussex, Langkap, ketika melakukan kerja mengepam air dari sungai ke kebun.

Mangsa, Lim Kim Siang, 30, dari Simpang Empat Hutan Melintang, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai Jumaat lalu sekitar jam 4.30 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dipercayai tergelincir.

"Jumaat lalu, polis menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki tergelincir semasa membuat kerja mengepam air dari sungai ke kebun di Ladang Sussex, Kampung Goh Hong, Langkap.

Iklan

"Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai berdasarkan kesan dari tanah di mesin pengepam air," katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Marzukhi, operas mencari mangsa telah dilakukan pasukan penyelamat selama tiga hari bermula Jumaat sehingga pagi ini sebelum ditemui nelayan tempatan.

Iklan

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Azroisan Wahab berkata, operasi mencari mangsa yang memasuki hari ketiga disambung pada jam 8 pagi tadi bermula dari Kampung Gloucester menggunakan dua buah bot aluminium BBP Teluk Intan.

"Kita dibantu oleh Unit K9 dan pasukan penyelamat menggunakan cara pencarian ‘grappling iron’ dalam operasi berkenaan.

"Kira-kira jam 9.55 pagi saya dimaklumkan mangsa telah dijumpai dalam jarak dua kilometer dari tempat lokasi oleh nelayan kampung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 11 pagi.