Israel tutup pintu masuk ke Khan Al-Ahmar

Iklan
Tentera rejim menghalang konvoi PA ketika dalam perjalanan ke Khan al-Ahmar.

RAMALLAH - PALESTIN. Israel dilapor bertindak menghalang penduduk serta Pihak Berkuasa Palestin (PA) daripada memasuki perkampungan Badwi di timur Baitulmaqdis, semalam.

Agensi berita Maan dalam laporannya berkata, tentera rejim menghalang konvoi PA ketika dalam perjalanan ke Khan al-Ahmar dan menahan menterinya Walid Assaf serta wakil gerakan Fatah, Mahmoud al-Aloul.

Iklan
Iklan

Saksi berkata, selain itu tentera Israel turut menafikan akses kepada wartawan yang berhasrat memasuki perkampungan tersebut.

Difahamkan, tentera Israel telah mendirikan beberapa pos pemeriksaan di laluan yang menuju ke kampung itu serta menyoal siasat beberapa pemandu dan penumpang Palestin.

Iklan

Pada 3 Disember lalu, pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan perintah ketenteraan untuk melanjutkan tempoh penutupan jalan menuju ke Khan Al-Ahmar. - Agensi

Kepsyen: Tentera Israel mendirikan pos pemeriksaan di beberapa laluan menunju ke perkampungan Khan Al-Ahmar.

Iklan