Abang Viva Wira Tak Didendang
Iklan
SHAH ALAM -"Tiada apa-apa peristiwa yang mengaitkan diri saya pun. Saya memang dari kecil lagi suka tolong orang. Mudah kasihan. Mungkin ini yang mendorong saya nak bantu,” kata Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.
Azwan dianggap ‘Wira Tak Didendang’ dan dikenali ramai kerana membantu mangsa banjir di Selangor dengan menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot. Dia kini berada di Temerloh, Pahang.