Penyewa mahu pindah, pemilik mahu jual rumah
Iklan
SHAH ALAM - Penyewa kediaman di sekitar Lembah Klang yang terjejas banjir baru-baru ini berhasrat untuk mencari rumah sewa di kawasan lain kerana bimbang bencana sama berulang pada masa hadapan.
Seorang penyewa rumah teres dua tingkat di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, Muhammad Kadapi Bernad, 41, berkata, pengalaman hampir lemas ketika mahu memindahkan anak dan isteri ketika banjir baru-baru ini merupakan pengalaman buruk yang tidak mungkin dilupakan.