Agong kurnia darjah kebesaran kepada 251 individu

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan darjah Panglima Jasa Negara kepada Pengerusi dan Pengarah Urusan SMH Rail Sdn Bhd Datuk K. Narayanan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 di Istana Melawati hari ini. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 kepada 251 individu pada istiadat yang berlangsung di Istana Melawati di sini hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah bekas Menteri Buruh Thailand, Jeneral Polis Adul Sangsingkeo.

Iklan
Iklan

Sangsingkeo dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) Kehormat yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan

Lima individu pula dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pengerusi Commodities Global Trade Sdn Bhd, Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang juga suami kepada aktres Umie Aida; bekas Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Datuk Rusli Ramli dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

Iklan

Dua lagi penerima PJN ialah mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Dr Ya’akop Koming serta Pengerusi dan Pengarah Urusan SMH Rail Sdn Bhd, Datuk Narayanan Kuppusamy.

Tiga individu dikurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; Pengelola Istana Diraja Kelantan/Setiausaha Sulit Kanan Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dan Ketua Istiadat Istana Kelantan, Mejar Jeneral Datuk Mamat Ariffin Abdullah.

Enam individu menerima Darjah Johan Mangku Negara, Darjah Johan Setia Mahkota (9) dan Darjah Kesatria Mangku Negara (46) termasuk Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali.

Sebanyak 80 individu menerima Darjah Ahli Mangku Negara manakala 101 individu penerima Pingat Pangkuan Negara. - Bernama