Mangsa banjir berisiko hadapi masalah kesihatan mental
Iklan
Sekiranya trauma yang dihadapi akibat bencana besar itu tidak ditangani dengan baik
SHAH ALAM - Mangsa banjir berisiko untuk berhadapan dengan masalah kesihatan emosi atau mental dalam tempoh yang panjang jika trauma yang dihadapi akibat bencana besar itu tidak ditangani dengan baik.
Pakar Psikologi, Profesor Dr Ruhani Mat Min berkata, ia berikutan kebanyakan mangsa yang terjejas akibat banjir itu tidak menyangka akan ditimpa bencana besar hingga mengakibatkan banyak harta benda termasuk kediaman musnah.