Polis digesa ambil alih siasatan kes pemilikan berjuta unit saham
Iklan
SHAH ALAM - Beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendesak supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan adil dan telus berhubung dakwaan yang tersebar sejak dua bulan lalu kononnya pegawai tinggi SPRM memiliki berjuta unit saham.
Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa berkata, siasatan polis perlu susulan pelbagai pendedahan berhubung kes terbabit dibuat di media sosial dan usul tergempar difailkan beliau sendiri di Parlimen baru-baru ini.