Jika caruman KWSP terus dikeluarkan...
Iklan
Fikirkanlah kesan jangka panjang terutamanya kepada anak-anak dan cucu-cucu kita yang bakal mewarisi beban menampung kehidupan warga tua negara yang tidak mampu menampung persaraan mereka sendiri.
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai simpanan hari tua pekerja negara. Namun, buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan Malaysia pada 2020 telah mengadakan program pengeluaran khas i-Lestari bagi membantu ahli KWSP mengatasi kesan Covid-19 ke atas ekonomi.
Ini disusuli dengan i-Sinar dan i-Citra. Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku iaitu pandemik global yang juga melanda Malaysia. Tetapi setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan setelah lebih RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja.