Khemah besar pembangkang sepatutnya libatkan UMNO
Iklan
Khalid Samad dedahkan konsep khemah besar yang dakwanya pernah dibincangkan sebelum ini
SHAH ALAM - Konsep pembentukan khemah besar pembangkang yang diluluskan melalui Retreat Pakatan Harapan (PH) di Port Dickson sebelum ini sepatutnya turut melibatkan penampilan parti yang mengetuai kerajaan sekarang iaitu UMNO.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad mendakwa sikap khianat UMNO yang kembali bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan PN, menyebabkan konsep 'khemah besar' kembali tertumpu untuk menyatukan blok pembangkang.